Memandangkan perlawanan akhir Euro 2020 antara England dan Itali akan berlangsung pada pukul 8 malam (3 pagi waktu Malaysia) Ahad di Stadium Wembley, kebanyakan sekolah di England membenarkan pelajar mereka untuk masuk lewat pada pagi Isnin. Wow, boleh datang lewat ke sekolah!
Bagi pihak sekolah, mereka berpendapat perlawanan tersebut akan menjadi satu pembelajaran kepada para pelajar.
“Lebih baik mereka dapat tidur yang cukup dan hadir ke sekolah dalam keadaan sudah sedia”
Walaupun kelas akan bermula pada jam 8.40 pagi seperti biasa tetapi para pelajar dibenarkan untuk hadir ke sekolah selewat-lewatnya jam 10.30 pagi.
Seorang jurucakap di London berkata perkara itu lebih baik daripada mereka tidak hadir atau datang ke sekoah dalam keadaan marah kerana tidak dapat tidur yang cukup.
Bukan itu saja, sekolah lain juga menggalakkan pelajar mereka untuk menonton perlawanan akhir berkenaan.