Pelajar Darjah 2 Dibuli, Dakwa Dipaksa Rakan Gunting Lidah Sendiri

Trending

Pelajar Darjah 2 Dibuli, Dakwa Dipaksa Rakan Gunting Lidah Sendiri

1934586_247539755585341_447346232153410202_n (1)

Seorang ibu terkejut apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam satu kejadian yang berlaku di sekolah rendah di sini kelmarin.
Wanita tersebut menerima panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan bahawa anak lelakinya itu cedera pada lidah.

Advertisement

Wanita tersebut kemudian segera ke sekolah sebelum anaknya itu dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk rawatan.

Sumber Harian Metro berkata, setelah di desak, pelajar berusia lapan tahun itu menceritakan perkara sebenar.

Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera,” katanya.

Ibu mangsa berkata kini anaknya berada dalam keadaan baik.

Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, gambar pelajar tersebut yang dalam keadaan kesakitan menjadi viral di media sosial sehinggakan menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Menerusi gambar yang viral, sebahagian kecil bahagian hadapan lidah mangsa dilihat terpotong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...