Pelajar Dari Malaysia Antara Saintis Yang Berjaya Buktikan Teori Einstein

Trending

Pelajar Dari Malaysia Antara Saintis Yang Berjaya Buktikan Teori Einstein

Hafizah Noor Isa

Hafizah Noor Isa, calon PhD di University of Glasgow ialah antara mereka yang menulis kertas saintifik, ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger’ yang menjadi tajuk utama media antarabangsa minggu lalu.

Advertisement

Beliau yang berasal dari Machang, Kelantan merupakan bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Difahamkan kertas saintifik yang diterbitkan pada Khamis lalu menyenaraikan 1,004 penyumbang dalam projek itu yang diketuai oleh Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) di Amerika Syarikat.
Menurut laman web LIGO, Hafizah terlibat dalam projek itu melalui eksperimen GEO600.

Eksperimen GEO600 dijalankan oleh pasukan saintis dari Jerman dan Britain yang bekerjasama menganalisis data dari peranti yang dibina untuk mencari sinaran graviti daripada sumber fizik alam semesta.

Little did people know that the recent breakthrough paper on the direct observation of gravitational waves involves a…

Posted by Hishamuddin Zainuddin on Monday, 15 February 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...