Pelajar Dari Golongan B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayar Kos Kuarantin

COVID-19

Pelajar Dari Golongan B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayar Kos Kuarantin

Pelajar yang pulang dari luar negara namun tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualikan daripada membayar kos tersebut.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.

Advertisement

Ismail Sabri berkata mereka yang telah tiba di negara ini boleh membuat rayuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala yang bakal tiba pula akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk menjalani tempoh kuarantin wajib tersebut.

Menurutnya lagi, perkara itu telah diputuskan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...