Pelajar Cikgu Rogol Bawah Umur Yakin Cikgu Tidak Bersalah Kerana “Wajah Mangsa Tidak Menyelerakan”

Trending

Pelajar Cikgu Rogol Bawah Umur Yakin Cikgu Tidak Bersalah Kerana “Wajah Mangsa Tidak Menyelerakan”

Sejak semalam, berita mengenai seorang guru pendidikan jasmani yang disabitkan kesalahan merogol salah seorang pelajarnya telah menjadi viral.
ezlieAN

Guru itu, Mohd Ezlie Azram, 38, didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan dua kali, pertama ketika berusia 11 tahun pada tahun 2011 dan kedua ketika berusia 13 tahun di kediamannya di Taman Aman Siara, Batu Caves, pada tahun 2013.


Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan bermula tarikh pensabitan. Ini bermakna, Ezlie bakal dipenjara selama 24 tahun dan dikenakan hukuman 12 kali sebatan.

Advertisement

Kes ini menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai mengecam guru tersebut, yang disifatkan bersikap seperti pepatah Melayu: ‘harapkan Pegar, Pegar makan padi’.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang mendakwa dirinya anak murid silat guru tersebut, telah mendedahkan identiti mangsa dan mendakwa Ezlie Azram ialah mangsa fitnah. Pengguna Facebook itu, seorang gadis, telah menulis melalui akaun Facebooknya bahawa dia mengetahui kisah yang sebenar.

Menamakan dirinya Nurhafizah Hussin, gadis ini mendakwa gurunya yang merupakan seorang duda dua anak, tidak bersalah berdasarkan pengalamannya bergaul dengan guru tersebut dan cerita-cerita orang lain mengenai mangsa.

Ini ialah bertentangan dengan keputusan mahkamah yang mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap Ezlie dan pihak pembelaan Ezlie talah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan ke atasnya yang disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Nurhafizah menulis:

KES GURU ROGOL BUDAK BAWAH UMUR?

Saya sebagai anak murid (silat) kepada cikgu terbabit telah menziarahi cikgu saya hari ini, dan dia telah menceritakan kisah yang sebenar!

Sepanjang saya mengenali dan menjadi anak murid Cikgu Ezlie selama 10tahun dia sangat menjaga batas pergaulan dengan muridnya (perempuan). bukan sahaja sentuh, bahkan pandang pun jarang, dia tidak pernah mengambil kesempatan dan ‘menggatal’ dengan saya atau murid lain.

Berita ini sangat mengejutkan kami , sebab kami memang mengenali beliau yang terkenal dengan sikap yang baik hati dan hormat terhadap semua muridnya . Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah berita ini tidak sahih atau fitnah sahaja semata-mata.

Penuduh (mangsa rogol) adalah seorang murid di sekolah Taman Melawati yang juga anak murid silat beliau di sekolah tersebut.

Maklumat yang saya terima, penuduh yang dikenali sebagai Izzah juga mempunyai perasaan suka terhadap tertuduh (Cikgu Ezlie), bahkan ibu beliau juga pernah menyuruh Cikgu Ezlie berkahwin dengan anaknya (Izzah), tetapi cinta nya tidak dibalas oleh Cikgu, kerana Cikgu menganggap muridnya seperti anak nya sendiri.

Izzah juga seorang murid yang bermasalah sosial. Sebaik sahaja saya melihat foto mangsa , terus terlintas di fikiran saya:

“Ada ke orang selera dengan budak macam ini, lalu makan ke muka macam itu?”

Ramai lagi murid cikgu yang lawa sebab Cikgu Ezlie mengajar silat di pelbagai tempat dan sekolah, tidak pula saya melihat Cikgu ‘mengurat’ mereka, kerana dia bukan seorang yang macam itu.

Murid perempuan yang lain juga terkejut dengan berita ini kerana mereka sangat mengenali perangai cikgu. Malah, pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang mengenali Cikgu Ezlie juga sangat terkejut dengan berita ini.

PROSES BICARA MAHKAMAH

Semasa proses bicara di mahkamah , pihak penuduh tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Hanya kerana penuduh seorang perempuan bawah umur yang pandai memberi keterangan, result doktor juga tidak mempunyai tanda-tanda yang dia dirogol oleh cikgu tersebut, dan beliau (Izzah) juga mempunyai teman lelaki dan pernah berjumpa beberapa kali.

Maklumat dari kawan baik dia (Syakira), agak fishy di situ. Izzah dan syakira adalah pasangan tempur yang di ajar oleh cikgu, Syakira juga menjadi saksi cikgu di mahkamah, Syakira juga mengaku bahawa Izzah ni seorang yang sosial, dan dia mengatakan yang Izzah juga mempunyai video dan gambar-gambar lucah di telefon bimbitnya, tetapi semasa bicara di mahkamah banyak cerita yang tidak diterima hakim dan peguam bela bagi pihak cikgu juga seolah tidak bersedia semasa bicara akhir yang menyebabkan cikgu kalah dan di jatuhkan hukuman.

p14_main_1304nv_pg14_nava_1

Semasa saya melawat Cikgu Ezlie, saya sedih melihat keadaan beliau yang menanggung ujian ini, terlihat kesedihan di wajah cikgu walaupun luarannya nampak Cikgu Ezlie tenang-tenang sahaja.

kepada yang MENUDUH, KOMEN, dan membuat SPEKULASI sendiri bahawa cikgu saya ini perogol, anda mungkin tidak mengenali beliau , saya bagi pihak cikgu tidak teragak-agak untuk menceritakan kebenaran di sebalik kisah ini dan saya yakin guru saya tidak bersalah, dan saya berdoa agar cikgu bebas dari tuduhan ini dalam bicara rayuan di Mahkamah Tinggi nanti.

Kepada sesiapa yang mengenali Cikgu Ezlie dan sekiranya anda terbaca posting saya ini, saya mohon untuk anda semua kongsikan atau viralkan kenyataan ini, mungkin ini sahaja yang kita mampu untuk kembali membersihkan semula nama Cikgu Ezlie.

Assalamualaikum WBT

NURHAFIZAH BINTI HUSIN
Anak Murid Silat Cikgu Ezlie

Perkongsian Nurhafizah telah menjadi viral dengan lebih 2,000 likes, lebih 3000 shares dan lebih 1,000 komen. Nurhafizah turut menyertakan screenshot perbualan WhatsApp dengan seorang rakan bahawa Ezlie tidak bersalah.
1

2

Apakah fakta sebenar kes Mohd Ezlie Azram?

Pada 12 April 2016, Ezlie diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang untuk membela diri setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan ‘prima facie’ dalam pertuduhan ke atas Ezlie.

Saksi pihak pendakwaan yang keempat ialah seorang doktor yang memberi keterangan bahawa terdapat koyakan lama pada selaput dara mangsa yang disebabkan oleh penetrasi secara seksual.

Mahkamah juga bersetuju bahawa keterangan mangsa mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Dia diperintahkan berbuat begitu oleh Hakim Tasnim Abu Bakar.

Dan dia telah disabitkan kesalahan merogol mangsa pada Jumaat, 17 Februari lepas.

Mangsa rogol tiada kaitan dengan wajah cantik

Pada pendapat penulis, mengaitkan mangsa rogol dengan rupanya ialah sesuatu yang tidak matang. Banyak kejadian rogol berlaku di seluruh dunia dan bukan hanya berlaku pada mangsa yang cantik dan jelita saja.

Kanak-kanak pelbagai rupa, nenek tua dan binatang pun ada yang menjadi mangsa rogol.

Seorang perogol dan dalam kes ini, seorang pedofil sudah pasti tidak akan mempamerkan sisi gelapnya kepada orang ramai dan pasti memilih mangsa yang mudah didekati.

Seperti pendapat Netizen ini yang memberi reaksi terhadap kenyataan Nurhafizah:
5fd56d29-fab4-4e32-a162-9669ef928967

77131ab8-5424-4b21-bef5-7a46deaac908

Nurhafizah kemudiannya mengkaburkan wajah mangsa dalam gambar yang dimuat naiknya bersama status tersebut.

91b71e28-4126-4c96-9c97-ce0e3c8749e6(1)
Nurhafizah Husin


Penulis berpendapat perbuatan Nurhafizah mendedahkan identiti mangsa dan mempersoalkan kredibiliti mahkamah dalam membuat keputusan pensabitan adalah tidak wajar.

Perbicaraan sesuatu kes mengambil kira bukti-bukti fizikal serta kredibiliti keterangan mangsa dan semua saksi dan tidak berasaskan sentimen atau penilaian secara luaran personaliti seseorang. Sekiranya Ezlie tidak bersalah, dia masih berpeluang membuktikannya di Mahkamah Rayuan.

Cuma penulis ingatkan, jangan hanya memandang luaran. Ramai pedofil di luar sana menampilkan imej baik dan berunsur keagaamaan supaya kegiatan mereka tidak disyaki, contohnya pedofil Richard Huckle yang menyamar sebagai penyebar ajaran Kristian ketika merogol dan mengambil gambar lucah kanak-kanak di Malaysia.

Tidakkah kita mahu belajar dari sejarah?-amazingnara.com

Sumber: Nurhafizah Husin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...