Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi keutamaan untuk membiayai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghafaz Al-Quran.
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan bahawa pembiayaan tersebut adalah supaya pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pelajar cemerlang SPM yang hafaz Al-Quran akan diberikan keutamaan oleh MARA untuk dibiayai pengajian mereka ke luar negara dalam bidang strategik profesional.
Pengumuman dibuat Dr Asyraf menerusi hantaran di Facebook itu menerima reaksi positif daripada pengguna laman sosial itu yang turut mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.