Baru-baru in tular mengenai satu video yang memaparkan seorang pelajar bertindak membuang buku-buku pelajaran ke dalam sungai setelah habis menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa hari lepas.
Tindakan yang dilakukannya itu mendapat kecaman yang hebat daripada warganet kerana menganggap dia tidak menghormati ilmu yang telah dipelajarinya.
Susulan itu, ianya juga mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan memberikan respon mengenai hal tersebut di akaun Facebook rasmi mereka.
“Pihak KASA ingin menjemput adik ini untuk menjadi ahli Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia)”
Sempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2021 nanti, pihak KASA ingin mengadakan program membersihkan sungai di seluruh negara.