Pelajar Bakar Buku Add Math Minta Maaf

Trending

Pelajar Bakar Buku Add Math Minta Maaf

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 sedang berlangsung dan banyak perkara yang menarik perhatian netizen.

Mesti ramai yang setuju kalau dikatakan antara paper paling killer masa SPM dulu ialah matematik tambahan atau add math.

Advertisement

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter tentang gambar pelajar membakar buku latihan matematik tambahan selepas tamat kertas SPM.

Tweet itu mendapat banyak kecaman daripada netizen dan majoritinya memarahi pelajar tersebut yang tak menghormati buku dan ilmu.

Ada juga yang membalas tweet tersebut dengan mengatakan seperti ini:

“Berdosa bakar buku. Sendiri yang tak pandai you want to blame the book?” 

 

Disebabkan oleh kecaman yang agak teruk daripada netizen, pelajar tersebut tampil memohon maaf kepada semua. Dia memohon maaf dan menerangkan sebab dia melakukannya di Twitter semalam.

“Saya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan mereka nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Buku tersebut dah diguna untuk buat latihan, bukan tak nak bagi dekat junior dan adik”.

Sebenarnya bukan dia seorang sahaja yang merasakan kesusahan kertas add math tahun ini, ramai juga calon lain yang merasakan perkara yang sama.

Jadi apa pendapat semua? Harap anda boleh nilai sendirilah tentang isu ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...