Pelajar Alami Cacat Kekal Selepas Didenda Ketuk Ketampi

Dunia

Pelajar Alami Cacat Kekal Selepas Didenda Ketuk Ketampi

Sedih ldengan nasib adik ini yang akan mengalami cacat kekal berpunca dari hukuman squats atau ketuk ketampi dari cikgunya. The Sun Uk ada melaporkan tentang seorang pelajar perempuan, 14 tahun yang telah didenda melakukan 150 kali squats di sebuah sekolah vokasional di Sichuan.

9 bulan lalu

Pelajar Pakai Baju Sekolah Bertulis Perkataan Lucah Dan Hina Guru Didakwa Di Mahkamah

Advertisement

Hukuman melampau itu diberikan seorang guru hanya kerana mangsa membawa snek ke dalam dorm. Pada mulanya, ketua pelajar di situ mendakwa terdapat snek di katil mangsa dan arahkannya untuk melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali.

Mangsa kemudian menafikan snek itu miliknya dan turut memaklumkan dia tidak mampu membuat hukuman itu kerana pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020.

This image has an empty alt attribute; its file name is NINTCHDBPICT000684947535_censored.jpg

Guru benarkan hukuman melampau itu diteruskan

Ketua pelajar itu tidak mengendahkan alasan yang diberikan mangsa dan tetap menyuruh dia untuk melakukan ketuk ketampi. Hukuman itu turut dibenarkan seorang guru yang hanya melihat mangsa melakukan ketuk ketampi.

Advertisement

Sebaik sahaja mangsa capai 150 kali ketuk ketampi, mangsa terus terjatuh dan mengalami kecederaan serius di kaki. Hasil pemeriksaan, kaki mangsa perlu menjalani pembedahan dan turut dimaklumkan doktor akan mengalami cacat kekal. Mangsa juga perlu menggunakan tongkat untuk berjalan sepanjang hidupnya. Pasti apa yang berlaku ini memberi tekanan kepada pelajar terbabit.

Sekolah tawar sejumlah wang yang banyak

Pihak sekolah kemudian menawarkan sebanyak RMB 109,774 atau RM71,236 kepada keluarga mangsa. Tawaran duit ini bagaimanapun ditolak keluarga mangsa dan mahukan keadilan.

Macam mana pula dengan nasib guru tu? Berdasarkan laporan, guru terbabit telahpun dipecat dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...