August 18th, 2016

Apabila pencalonan FFM 28 diumumkan, ramai yang bertindak mempertikaikan filem Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit karya Pekin Ibrahim yang diterbitkan bersama Skop Productions.

Ada sesetengah pihak menuduh filem berkenaan berjaya dicalonkan kerana mempunyai pengaruh dalaman.

Tuduhan tidak berasas itu membuatkan Pekin merasa kecewa dan pada masa yang sama geram apabila karyanya itu terus dipersoalkan dan masih dipertikaikan sehingga kini.

Buruk sangat ke filem saya sehingga pihak tersebut cuba mempertikaikan kewajarannya bertanding di FFM28? Mereka ini menonton atau tidak filem saya atau sekadar menilai pada tajuk?

Sebenarnya mereka inilah yang mengajar saya jadi seorang fighter dan saya takut perkara ini kelak akan membuatkan saya jadi lebih kurang ajar dari mereka.

Menurut Pekin, naskah beliau sama sekali tidak memberikan pengaruh negatif kepada masyarakat dan turut menyelitkan mesej berunsur keagamaan.

Syukur daripada lapan pencalonan, lima daripadanya adalah untuk saya di FFM28 dan terima kasih kepada pihak yang menghargai dan menilai karya ini dengan sewajarnya,” katanya.

Pekin menerima lima pencalonan untuk filem Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit  iaitu Pengarah Baharu Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik   Cerita Asal Terbaik dan Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.

Setiap karya mempunyai kualiti yang berbeza bergantung pada pemikiran dan penilaian seseorang. Mungkin bagi anda filem Mat Moto itu tidak mencapai citarasa anda tetapi buat mereka yang arif dalam bidang perfileman mungkin filem berkenaan ada nilainya sendiri dan layak untuk dicalonkan didalam FFM 28.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...