Sedang bercinta dengan seorang model yang berasal daripada London,United Kingdom, pelakon Pekin Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahannya dengan model berkenaan pada tahun ini.
Malah, Pekin juga enggan bersanding kerana merasa tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Tiada majlis besar-besaran juga yang akan diadakan.
Sebab itulah rasanya lebih baik saya merahsiakan tarikh pernikahan supaya tidak rasa terbeban apabila perlu mengajak tetamu lain selain ahli keluarga terdekat.
Jika dengan keluarga saja, saya rancang nak buat makan-makan secara santai. Cukup setakat itu saja tanpa sebarang majlis formal. Itulah cara hidup saya yang kurang gemarkan suasana ramai orang.
Alhamdullillah, kita hormati sahaja keputusan Pekin Ibrahim yang menjaga privasinya. Kami doakan agar hubungan mereka diberkati dan jodoh mereka kekal sehingga akhir hayat.