Pelakon Pekin Ibrahim sudah memohon maaf kepada ibunya sebelum apa-apa berlaku apabila menerima watak sebagai seorang wanitalan dalam filem Coverina. Pekin tidak mahu ibunya nanti mengkritik atau memaki hamun beliau apabila menonton filem tersebut nanti.
Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu.
Saya menjelaskan kepada ibu yang anak lelakinya ini masih lurus dan belum terpesong lagi.
Pekin ternyata sudah melakukan perubahan basar dalam filem Coverina dimana beliau sebelum ini terkenal dengan watak serius atau independent. Jelas pekin, sudah tiba masanya untuk beliau keluar daripada zon selesa dan mencabar kemampuan diri.
Saya sebenarnya adalah seorang yang pemalu, namun tawaran ini diterima sebagai salah satu cara untuk saya mencabar diri saya namun ia tetap mengikut kemampuan diri juga.
Ada yang mengatakan berdosa kerana menyerupai wanita, namun kita tahu niat atas dasar kerja. Saya berjuang dalam wadah kesenian.
Tidak dapat dinafikan lakonan Pekin Ibrahim memang mempunyai auranya tersendiri. Tak sabar rasanya kami nak lihat bagaimana Pekin berlakon sebagai seorang wanita. Lihat gambar sahaja boleh tahan cun kan? Cuma ada spare tyre sikit. Hehe
Sumber Berita: Â Malaysian Digest