Isu atau kes melibatkan selebriti tanah air dengan kesalahan penyalahgunaan dadah bukan perkara yang ganjil buat industri hiburan, oleh kerana itu, pelakon Pekin Ibrahim berpendapat hal itu tidak sepatutnya diperbesarkan.
Menurut Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, salah satu jalan yang paling baik adalah dengan memberi peluang kedua kepada artis terlibat untuk memperbaiki dan menyesali perbuatan yang dilakukannya.
Tidak perlu diperbesarkan, ia bukan perkara baru. Ramai penagih dadah diluar sana, mungkin sebab artis jadi lebih perhatian.
View this post on Instagram
Suami kepada pelakon Mona Allen itu menegaskan bahawa apa yang diperkatakan di dalam sesi temu bual drama terbaharu berjudul Keluarga Untuk Disewa itu hanyalah pendapat peribadinya semata-mata.
Rasa-rasanya semua orang sedia maklum dengan apa yang saya cuba katakan ini.
Terdahulu, pelakon Niezam Zaidi, pengarah serta kru produksi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.