Pekhidmatan Menyewa Teman Lelaki Kacak Dalam Kotak Kaca Yang Viral Di China

Trending

Pekhidmatan Menyewa Teman Lelaki Kacak Dalam Kotak Kaca Yang Viral Di China

Ratusan wanita membanjiri pusat beli-belah di Haikou, China pada hujung minggu lalu bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menyewa “teman lelaki” kacak dengan harga 1 Yuan (62 sen) sejam.

Advertisement

6 orang lelaki dengan ketinggian tidak kurang dari 6 kaki telah dipamerkan di dalam kotak kaca yang dihiasi dengan lampu neon. Perkhidmatan itu dimulakan 24 Disember lepas bagi meraikan sempena Krismas.

Menurut pihak pusat beli-belah tersebut, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan teman lelaki tersebut hanya perlu mengimbas kod QR yang ada di luar kotak kaca tersebut.

Namun begitu, pelanggan hanya dibenarkan untuk menyewa teman lelaki tersebut untuk tempoh satu jam sahaja dan perlu menghabiskan masa bersama hanya di dalam pusat beli belah berkenaan.

Kita sudah memasuki era terlalu ramai wanita bujang di China

Menurut pihak pusat beli belah itu lagi, rata-rata pelanggannya adalah wanita, jadi mereka hanya mahu memastikan mereka ditemani seseorang bagi menyambut Krismas.

Perkhidmatan sewa teman lelaki itu hanya disediakan pada 24 dan 25 Disember lalu, antara 3 petang hingga 9 malam dan pusat beli-belah berkenaan sedang menimbang untuk meneruskannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...