Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Layak Terima Elaun Tunai Mulai Tahun 2018

Trending

Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Layak Terima Elaun Tunai Mulai Tahun 2018

Mulai 2018, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Advertisement

Memetik kenyataan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut.

Katanya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP juga, mereka yang meletak jawatan secara sukarela (VSS) juga layak menerima faedah berkenaan,”

Tambahnya, pihak Perkeso akan mengadakan hebahan melalui jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi terpilih di seluruh negara mulai rabu lalu.

“Ia bertujuan memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.

SIP bakal dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 pada 25 Oktober lalu serta Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Sumber : Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...