Pekerja Warung Mengamuk Kena Tegur, Campak Duit Dekat Pelanggan – “Hang Cakap Tak Elok, Muka Hang Jahan*m”

Kehidupan

Pekerja Warung Mengamuk Kena Tegur, Campak Duit Dekat Pelanggan – “Hang Cakap Tak Elok, Muka Hang Jahan*m”

Tular rakaman di aplikasi X tentang perkongsian seorang individu yang mendakwa menerima layanan buruk daripada pekerja di sebuah warung ikan bakar di Kuala Perlis.

Menerusi video dimuat naik itu, pekerja tersebut dilihat melintas jalan dan menuju ke arah meja pelanggannya sebelum mencampak wang RM8 kepada mereka.

Advertisement

Berdasarkan perkongsian individu bernama Farah itu, pekerja tersebut didakwa naik angin selepas ditegur agar melayani pelanggan dengan baik.

Dakwanya lagi, pekerja yang sama itu turut melayani pelanggan yang lain dengan cara yang biadap malah dia juga dikatakan seperti mahu membaling selipar ke arah Farah.

Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang. Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi, hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam.

pekerja biadap

Hantaran itu mendapat perhatian ramai warganet yang menghentam sikap pekerja terbabit terutamanya cara percakapannya yang biadap itu.

Sesetengah daripada mereka berkongsi pengalaman makan di warung tersebut dan menceritakan tentang sikap kurang ajar pekerja kedai itu.

komen

Malah ada yang turut berkongsi tangkap layar carian di Google tentang reviu pelanggan yang pernah ke warung berkenaan.

reviu kedai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...