Tanggungjawab seorang majikan amat penting dalam menjaga kebajikan pekerjanya lagi-lagi bagi mereka yang jauh dengan ahli keluarga. Hal ini juga sekaligus dapat melancarkan hubungan kedua pihak dalam pekerjaan.
Menerusi laporan Mstar, seorang wanita bermurah hati telah membawa beberapa pekerja warga Pakistan untuk menikmati percutian hotel 4 bintang di Kuala Lumpur.
Wanita ini juga berkongsi beberapa video di akaun TikTok miliknya yang memperlihat pekerja-pekerjanya seronok mandi di kolam renang. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menikmati makanan di sebuah restoran terkemuka.
Tambahnya, dia sudah menganggap mereka seperti keluarga sendiri. Baginya, sebagai seorang ketua perlulah menunjukkan sikap yang baik dan ikhlas dalam sesuatu perkara.