Pekerja Taman Tema Air Pulangkan Beg Dipercayai Milik Pelancong Arab Saudi, Kejujurannya Dipuji Netizen

Trending

Pekerja Taman Tema Air Pulangkan Beg Dipercayai Milik Pelancong Arab Saudi, Kejujurannya Dipuji Netizen

Screen Shot 2016-03-27 at 10.41.02 PM

Tindakan jujur seorang pekerja taman tema air di Sunway Lagoon mendapat pujian orang ramai.
Kisah kejujuran wanita tersebut yang berusia 57 tahun itu dikongsi oleh akaun Facebook Sunway Theme Parks Career & Community pada Rabu lalu.

Advertisement

Menurut laman Facebook tersebut, Paruvathy merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab menjaga kebersihan taman tema itu. Beliau telah berkhidmat selama lebih 20 tahun.

Kata laman Facebook itu juga, pekerja warga emas itu memulangkan semula beg yang mengandungi wang bernilai RM1,850 dan juga Riyal 7,244.00 beserta tiga pasport.

Beg itu dipercayai milik seorang pelancong dari Arab Saudi berdasarkan jumlah wang Riyal yang banyak di dalam beg berkenaan.

Paruvathy menemui beg itu di atas sebuah kerusi ketika beliau pergi untuk makan tengahhari. Paruvathy kemudian bertindak memberikan beg itu kepada kaunter ‘Lost and Found’.

Kejujuran akan melahirkan kecemerlangan. Ini merupakan satu contoh tindakan integriti oleh pekerja wira taman tema kami.

“Aunty Paruvathy saves the day!” tulis mereka.

Posting mengenai kisah Paruvathy telah menerima lebih 4 ribu likes serta dikongsi lebih dari 4,000 kali.

Tindakan jujur dari Paruvathy mendapat reaksi dari netizens yang rata-rata memuji tindakan itu dan berharap agar kisah Paruvathy dijadikan teladan.

Selain itu ada juga yang berkata Paruvathy perlu diberikan pengiktirafan dan perlu ditawar jawatan yang lebih tinggi dengan kenaikan gaji.

Kisah kejujuran Paruvathy juga turut mendapat perhatian media cetak tempatan.

12472464_540362739458535_2208968589950898890_n

puji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...