Pekerja Syarikat Minuman Dipercayai Buat Jualan ‘Door To Door’ Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Trending

Pekerja Syarikat Minuman Dipercayai Buat Jualan ‘Door To Door’ Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sudah pasti ramai pihak yang membuat langkah berjaga-jaga semenjak wabak Covid-19 ada di Malaysia. Ini merupakan salah satu cara supaya setiap individu dapat melindungi diri daripada jangkitan virus.

Kebanyakan syarikat juga meneruskan perniagaan mereka demi kelangsungan hidup ketika pandemik ini. Begitu juga dengan salah satu syarikat air minuman ini dimana pekerja di syarikat berkenaan dipercayai membuat jualan dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal itu disahkan oleh syarikat berkenaan apabila memuat naik posting di laman Instagram milik mereka.

Advertisement

Namun, apa yang membimbangkan ialah pekerja berkenaan dipercayai telah positif Covid-19 setelah melakukan swab test dan kini individu berkenaan tengah menjalankan sesi kuarantin.

Syarikat berkenaan ada memaklumkan senarai premis yang dikunjungi oleh individu tersebutvsebagai langkah berjaga-jaga.

“Semua kakitangan kami yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat telah menjalankan ujian Covid-19 dan keputusannya ialah negatif dan kini kesemua mereka menjalankan sesi kuarantin”

Syarikat berkenaan juga ada memaklumkan bahawa hanya premis-premis berkenaan yang dikunjungi oleh kakitangan dijangkiti, selebihnya daripada kumpulan lain.

“Pejabat kami juga ditutup buat sementara dan telah membuat pembasmian kuman. Semua kakitangan lain yang bukan kontak rapat juga telah melakukan swab test dan keputusannya negatif”- Syarikat Air Minuman 

Oleh itu, terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati terhadap syarikat berkenaan kerana membiarkan pekerja mereka membuat jualan ‘door to door’ ketika pandemik.

Namun, ada netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat individu yang tidak berpuas hati terhadap syarikat berkenaan.

Pun begitu, beberapa syarikat yang dipercayai dikunjungi oleh pekerja berkenaan mendakwa individu tersebut tidak berkunjung di premis berkenaan seperti yang dimaklumkan.

Walau bagaimanapun, ada yang berharap dan mendoakan agar semuanya dalam baik-baik dan terkawal.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...