Pekerja Swasta Kini Boleh Mohon Kerja Fleksibel Termasuk ‘Work From Home’ – Menteri Sumber Manusia

Berita

Pekerja Swasta Kini Boleh Mohon Kerja Fleksibel Termasuk ‘Work From Home’ – Menteri Sumber Manusia

Pekerja sektor swasta kini boleh memohon kepada majikan masing-masing untuk melaksanakan amalan kerja secara fleksibel, termasuk bekerja dari rumah, selaras dengan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang diperkenalkan kerajaan.

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata inisiatif tersebut memberi penekanan khusus terhadap kebajikan pekerja serta keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga atau work life balance.

Advertisement

“Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif AKF dengan meminda Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 dan pindaan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025.

“Semua pekerja sektor swasta boleh memohon kepada pihak majikan untuk pelaksanaan AKF yang meliputi perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja atau perubahan tempat bekerja.”

“Permohonan tersebut juga tertakluk kepada hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan dan lain-lain syarat perkhidmatan,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh menegaskan bahawa pelaksanaan kerja fleksibel termasuk bekerja dari rumah atau waktu kerja anjal adalah tertakluk kepada kesesuaian sektor, jenis pekerjaan serta persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.

Beliau turut memaklumkan bahawa garis panduan pelaksanaan AKF telah disediakan bagi memberi pemahaman terperinci kepada majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mengenai perkara asas berkaitan inisiatif berkenaan.

“Setakat tahun lalu, sebanyak 2,460 organisasi terbabit dan memberi manfaat kepada sekitar 474,400 pekerja.”

“Pelaksanaan ini turut disokong oleh insentif cukai berupa potongan tambahan 50 peratus kepada majikan yang melabur dalam pembangunan kapasiti dan perisian berkaitan AKF seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-11 10:54:29

(VIDEO) Menteri KKM Ditegur Speaker, Surat Dua Tahun Lalu Didakwa Belum Dibaca

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...