Pekerja Stesen Minyak Kerugian RM2000 Ditipu Pemandu Lori Yang Lari Selepas Minta Untuk Isi Minyak ‘Full Tank’

Trending

Pekerja Stesen Minyak Kerugian RM2000 Ditipu Pemandu Lori Yang Lari Selepas Minta Untuk Isi Minyak ‘Full Tank’

Semua yang memandu kenderaan sendiri pastinya tahu urusan pembayaran di stesen minyak bagaimana kan? Kebiasaannya kalau mahu isi minyak, kaedah pembayarannya mestilah menggunakan wang tunai atau juga boleh bayar menggunakan kad.

Tetapi seorang pekerja di stesen minyak ini mengalami kerugian besar selepas pemandu lori yang mengisi minyak full tank dan terus lari daripada situ. Sehinggakan dia terpaksa membayar semula ganti rugi sebanyak RM2080 kepada majikannya gara-gara silapnya terlalu bersangka baik pada pelanggan.

Advertisement

“Tolong kawan aku. Dia baru kerja. Dah kena macam ni. Terima kasih.”

Netizen turut bersimpati dengan nasib pekerja ini dan ada juga yang musykil dengan proses pengendalian bayaran di stesen minyak itu. Sehinggakan dia ditipu sebanyak 4-5 kali oleh pelanggan dan terpaksa menanggung kerugian itu. Tapi ada juga yang pernah mengalami nasib yang sama dengan pekerja ini.

Yang pastinya, kejadian ini boleh dijadikan pengajaran kepada pekerja yang lain untuk lebih berhati-hati pada masa depan. Zaman sekarang ni memang ramai yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Bercakap tentang stesen minyak, sudahkah anda membaca tentang kisah stesen minyak di Salor, Kelantan yang dilihat kembali beroperasi pada waktu malam sahaja? Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kisah Seram Di Sebalik Gerai Sate Dan Stesen Minyak Bersebelahan Perkuburan Di Salor, Kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...