Pekerja Restoran Korek Hidung Ketika Bertugas, Undang Ketidakselesaan Pelanggan

Dunia

Pekerja Restoran Korek Hidung Ketika Bertugas, Undang Ketidakselesaan Pelanggan

Suasana yang bersih akan mewujudkan persekitaran yang selesa dan disukai ramai. Sebagai pekerja, kita perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya ianya kekal bersih dan selesa.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pekerja restoran makanan segera dikecam warga maya kerana sikapnya yang berkelakuan jijik ketika melayan pelanggan di mana ia mendatang ketidakselesaan kepada pelanggan berkenaan.

Advertisement

Lebih menjijikkan, dia sempat mengorek hidung di kaunter restoran ketika bertugas bahkan pekerja berkenaan juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika melayan pelanggan.

Seorang pelanggan yang tidak mahu dikenali, dia terkejut apabila menyaksikan hal seperti di hadapannya. Kejadian menjijikkan itu berlaku di Cornwall, England sekitar 10 Mac lalu.

“Kakitangan mereka masukkan jari ke dalam hidung ketika menguruskan makanan. Dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat lagi, ia tidak bagus untuk dilihat”.

Pelanggan itu juga turut memuat naik gambar pekerja itu sebagai bahan bukti menerusi akaun media sosial miliknya.

Berita itu tular dan mendapat perhatian daripada pihak atasan restoran tersebut, dan dia telah pun ditawarkan ganti rugi wang atas kejadian menjijikkan itu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...