Pekerja Rayani Air Komen Datuk Vida – Jangan Sekadar Sembang Saja

Trending

Pekerja Rayani Air Komen Datuk Vida – Jangan Sekadar Sembang Saja

Semalam satu akhbar harian melaporkan bahawa pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan Vida Beauty Sdn Bhd, iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Vida atau Dr Vida sedang menilai saham syarikat penerbangan Rayani Air kerana menyifatkan terdapat potensi dalam perkhidmatan penerbangan itu.

dato-vida1

Gambar: Free Malaysia Today

Bagaimanapun, mStar Online melaporkan bahawa seorang pekerja Rayani Air yang enggan dikenali memberi komen bahawa pengumuman Dr Vida itu sepatutnya bukan sekadar untuk mencari populariti sebaliknya perlu dibuktikan.

Advertisement

Vida jangan sekadar sembang saja.

Isu Rayani Air ketika ini adalah sesuatu yang serius untuk ditangani. Ia bukan main-main. Vida perlu adakan perbincangan serius dengan Rayani Air sekiranya bercadang membeli saham Rayani Air, bukan mencari populariti.

Dalam pada itu, Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan mempersoalkan sejauh mana kebenaran usahawan itu untuk membeli saham berkenaan, tanpa melihat dari segi prospek keuntungan dan populariti semata-mata.

Jika benar, Zulkalnain yang mewakili sejumlah kakitangan Rayani Air berkata, Vida seharusnya meneliti hasrat tersebut secara meluas, bukan sahaja potensi dalam industri penerbangan tetapi juga urusan berkaitan operasi dan kakitangan.

Rayani Air ketika ini mengalami masalah dana. Vida perlu tahu keuntungan, kerugian, hutang dan aset Rayani Air.

Ini termasuk tunggakan gaji 400 pekerja selama dua bulan berjumlah kira-kira RM3 juta. Sekarang ini dah nak hampir tiga bulan gaji tertunggak.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

Kebajikan pekerja merupakan aspek penting bagi mana-mana pelabur yang mahu mengambil alih atau membeli sebahagian saham Rayani Air.

Pekerja diperlukan untuk syarikat beroperasi semula. Dan nasib pekerja Rayani Air ketika ini ibarat ‘digantung tidak bertali’ tanpa gaji selama dua bulan.

Jika Vida benar-benar ikhlas mahu beli saham Rayani Air, fikirkan juga periuk nasi kami…. dengan bulan puasa dan Hari Raya yang semakin hampir.

Beliau bagaimanapun berkata, hasrat Dr Vida itu dapat membantu memulihkan persepsi masyarakat terhadap imej Rayani Air sebagai syarikat penerbangan patuh syariah yang dilanda dengan pelbagai masalah dan kontroversi.

Oleh itu, saya menyarankan supaya Vida dapat mengadakan perbincangan bersama pemilik Rayani Air. Adalah lebih baik sekiranya Vida turut dapat mengadakan pertemuan berkenaan dengan kakitangan syarikat penerbangan ini.

Zulkalnain menambah aspek lain yang perlu diteliti adalah mengenai bayaran balik tiket penerbangan kepada penumpang akibat penggantungan operasi.

Kenyataan Dr Vida itu setakat ini mendapat reaksi berbelah bagi oleh Netizen. Ada antara mereka yang menyokong hasrat beliau namun ada berpendapat jutawan kosmetik itu hanya mencari populariti berikutan ada perkara-perkara yang dijanjikan olehnya sebelum ini untuk penajaan pasukan bola sepak dan pembinaan hotel enam bintang di Kelantan yang masih belum direalisasikan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...