Sejak akhir-akhir ini, terdapat isu mengenai servis salah satu cawangan J&T yang kurang memuaskan. Berhubung dengan isu berkenaan, segelintir masyarakat sudah berpindah menggunakan servis syarikat lain untuk membuat penghantaran.
Melalui perkongsian video di TikTok menerusi akaun @johndeere36, dia memaparkan lori untuk menyimpan barang dipenuhi dengan barang-barang customer.
Berkemungkinan peniaga-peniaga online kebanyakannya sudah beralih kepada kurier lain, risau barang-barang yang nak dihantar kepada customer rosak atau hancur seperti yang tular sebelum ini.
Menerusi video tersebut kelihatan lori Poslaju itu memang penuh dengan barang-barang customer.
Video yang meraih hampir 400,000 tontonan di TikTok itu menarik perhatian netizen. Walaubagaimanapun, ada juga yang berpesan untuk tetap support kesemua servis kurier yang ada di Malaysia.