Pekerja-pekerja Oppo Diserang Kerana Bantu Tangkap Pencuri – Penjual Telefon

Trending

Pekerja-pekerja Oppo Diserang Kerana Bantu Tangkap Pencuri – Penjual Telefon

Insiden pergaduhan di Lowyat yang telah berlaku Sabtu lalu menyebabkan beberapa khabar angin tersebar di media sosial.

Antaranya, kisah bahawa seorang lelaki ditipu oleh peniaga di Low Yat bahawa telefon Oppo yang dibelinya ialah jenis klon. Dia kemudiannya datang semula ke kedai dan menukar telefon klon tersebut dengan yang asli tanpa kebenaran penjual. Melalui versi cerita itu, kononnya penjual telah mereka cerita bahawa lelaki itu mencuri telefon.

Advertisement

Lelaki itu kemudiannya telah membuat laporan di balai polis mengatakan dia ditipu, kemudiannya membawa rakannya datang semula ke kedai Oppo untuk membalas dendam sehingga mencetuskan pergaduhan.

seeminho

Bagaimanapun penjual telefon yang berurusan dengan lelaki tersebut, See Ming Ho, telah tampil memberitahu The Star bahawa cerita yang sebenar adalah berlainan:

Saya ingin menerangkan hal sebenar kerana terlalu ramai yang menyebarkan cerita tidak benar di media sosial.

Sebenarnya, staf Oppo yang membantu saya menangkap pencuri itu. Semua staf Oppo tidak melakukan sebarang kesalahan. Di Facebook, ada yang mendakwa lelaki itu ditipu staf Oppo. Itu tidak benar.

Pencuri itu tawar menawar harga telefon dengan saya. Bila kami mencapai persetujuan harga, saya berpusing ke belakang untuk mengambil barang percuma (diberikan bersama pembelian telefon). Apabila saya menoleh ke depan semula saya dapati dia sudah melarikan diri dengan telefon itu.

Cctv yang tulen sila tenguk mana apa cerita.

Posted by Simon Sim Kai Siong on Sunday, 12 July 2015

Penyelia kedai Oppo, David Lim, pula memberitahu lelaki itu mencuri telefon di tingkat atas. Staf Oppo hanya membantu menangkap lelaki itu semasa melarikan diri di tingkat bawah.

david

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke pihak pengurusan, bagaimanapun dilepaskan. Dia dan rakan-rakannya kemudian datang ke kedai Oppo dan memulakan pergaduhan.

Insiden itu menyebabkan kerosakan barangan dan alatan di kedai Oppo bernilai RM 70,000.

Khabar angin juga mencetuskan isu perkauman sehingga menyebabkan 100 orang lelaki berkumpul di hadapan Plaza Low Yat malam tadi untuk menunjuk perasaan, bagaimanapun berjaya dikekang olehh pihak polis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...