Melalui platform X, baru-baru ini, tular satu ciapan memaparkan satu hantaran foto menunjukkan luahan seorang pekerja Pos Malaysia yang mengadu bahawa baju kerjanya sudah lusuh.
Pelanggan tegur baju lama dah terlalu lusuh
Lagi membuatkan pekerja berkenaan ‘berani’ kehadapan untuk memaklumkan kepada pihak atasan selepas salah seorang pelanggan tampil menegur bahawa baju bekerjanya itu kelihatan terlalu teruk, malah jelas dilihat sudah terkoyak.
Assalamualaikum, bila baju baru nak dapat? Baju lama dah teruk sangat dah ni.. sampai pelanggan pun dah tegur.
Charles brewer tu ceo @posmalaysia BTW, korang buat la apa patut. pic.twitter.com/5xTi2H5tbr
— jorjor wel (@evvok) April 18, 2025
Jawapan CEO Pos Malaysia dikecam
Namun begitu, kenyataan yang dibalas oleh CEO Pos Malaysia iaitu Charles Brewer telah menarik perhatian, di mana ramai merasakan jawapan diberi terlalu sombong.
Anggaplah diri awak tu beruntung sebab tak bekerja dekat salah satu foreign carriers yang tidak memberikan uniform bekerja kepada pekerja.
Kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh CEO Pos Malaysia itu, pekerja berkenaan berkata dirinya hanya bertanya kerana pelanggan sudah menegur.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam cara Charles Brewer memberi jawapan ‘kerek’ seperti itu dan merasakan pekerja berhak untuk bertanya kerana mereka membawa imej Pos Malaysia.