Kereta Dihempap Pokok Tumbang, Pekerja Membaik Pulih Kenderaan Maut

Trending

Kereta Dihempap Pokok Tumbang, Pekerja Membaik Pulih Kenderaan Maut

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga setelah mendapat khabar saudara mereka yang juga pekerja membaik pulih kenderaan maut dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Perak, Jelutong, hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Yong Geeng Huei, 53, dari Taman Seri Angsana, Bayan Lepas  dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.38 pagi.

Advertisement

Pihaknya berdepan dengan kesukaran bagi ke tempat kejadian berikutan kesesakan lalu lintas walaupun ia terletak kurang dua kilometer dari balai bomba.

“Ketika di lokasi, didapati pokok dengan ukur lilit kira-kira dua meter tumbang merentangi jalan raya dan menghempap Proton Wira”

Lapor Harian Metro, mangsa yang dihempap pokok itu ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut A’azelan lagi, pihaknya mengambil masa selama dua jam bagi kerja memotong pokok dan mengeluarkan mayat mangsa.

“Kerja menyelamat turut dibantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdekat”

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi urusan bedah siasat,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Yong, 55, berkata, ketika kejadian, adiknya mahu ke tempat kerja.

“Dia bekerja sebagai pembalik pulih kenderaan di sini. Tidak sangka dia terbabit dalam kejadian berkenaan”

Operasi tamat pada 11.15 pagi.

Allahu, sedih bila baca berita mengejut begini. Semoga ahli keluarganya tabah ya. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...