Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19

COVID-19

Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19

Penangan COVID-19 atau coronavirus bukan hanya menggugat kesihatan masyarakat malah beberapa syarikat turut terjejas daripada penularan wabak itu. Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan mengumumkan langkah untuk mengurangkan kos seperti potongan gaji bagi pengurusan dan kru kabin.

Ada juga yang mengurangkan sasaran pertumbuhan dan penumpang. Menurut laporan, syarikat penerbangan Malindo Air terpaksa mengurangkan banyak laluan penerbangan berjadual berikutan cabaran operasi yang disebabkan oleh COVID-19.

Advertisement

Syarikat tersebut turut mengeluarkan memo tentang notis cuti tanpa gaji selama dua minggu yang diberikan kepada semua kakitangan Malindo Air.

notis malindo air

Di dalam memo tersebut, Malindo Air terpaksa menyemak semula terma perkhidmatan untuk semua kakitangan syarikat. Malindo Air juga terpaksa meminta jasa baik kakitangan untuk mengambil potongan gaji asas hingga 50% untuk beberapa bulan yang akan datang sehingga situasi kembali pulih sepenuhnya.

Waktu bekerja juga akan dikurangkan dan setiap kakitangan hanya perlu bekerja sebanyak 15 hari sebulan.

Pihak syarikat turut bersimpati dan berat hati ingin mengatakan langkah-langkah drastik yang dilaksanakan ini akan memberikan kesan kepada kewangan anda dan keluarga. Pada ketika ini, syarikat sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perniagaan dan jika sekiranya perkara ini menemui jalan penyelesaian, pihak syarikat tentunya akan mengkaji semula langkah-langkah yang diambil.

Sebelum ini, Malindo Air menjadi syarikat penerbangan terawal mendedahkan ‘inisiatif pengurangan kos’ berkaitan dengan COVID-19. Menurut memo yang dikongsikan sebelum ini, semua kakitangan dengan gaji kasar RM5,000 ke bawah akan dibayar penuh pada hujung bulan lalu tetapi bagi yang dengan gaji kasar atau asas lebih daripada RM5,000 akan hanya mendapat gaji asas dan bakinya akan dibayar pada 7 Mac 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...