Pekerja Malaysia Airlines Diminta Ambil 3 Bulan Cuti Tanpa Gaji Kerana COVID-19

Trending

Pekerja Malaysia Airlines Diminta Ambil 3 Bulan Cuti Tanpa Gaji Kerana COVID-19

Menurut laporan The Edge, Malaysia Airlines Bhd telah meminta kakitangannya untuk mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela kerana dalam usaha untuk menangani impak kewangan Covid-19.

Menurut laporan yang dikutip oleh saluran media, Malaysia Airlines telah menawarkan kesemua 13,000 pekerja memilih untuk mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tidak berbayar setiap bulan selama tiga bulan bermula pada bulan April.

Advertisement

staf Malaysia Airlines

Program cuti sukarela juga ditawarkan kepada pekerja lain dalam Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) termasuk MAB Kargo, MAB Engineering, Firefly, dan MASwings. Inisiatif yang serupa juga telah diambil oleh syarikat penerbangan antarabangsa utama lain termasuk Singapore Airlines, Cathay Pacific dan British Airways.

Baca: Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19 

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail mengumumkan bahawa pihak pengurusan kanan akan mengambil potongan gaji 10% dan menolak elaun untuk mengurangkan kos operasi.

Izham Ismail

Izham Ismail

Kesan (daripada Covid-19) ke pasaran sangat besar. Orang ramai tidak melancong. Perniagaan tidak beroperasi seperti biasa, dan landskap penerbangan telah berubah dengan ketara. MAG tidak terkecuali daripada semua ini

Malaysia Airlines telah menggantung lebih daripada 1,600 penerbangan termasuk domestik dan antarabangsa. Penggantungan penerbangan ini susulan wabak Coronavirus yang sudah menyerang beberapa negara.

Orang ramai telah membatalkan dan menangguh perjalanan untuk bercuti di luar negara atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Baca: MATTA Bakal Berdepan Kerugian Berlipat Ganda Susulan Penularan COVID-19

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...