Pekerja Ladang Sawit Jumpai Tengkorak & Serpihan Tulang Manusia

Trending

Pekerja Ladang Sawit Jumpai Tengkorak & Serpihan Tulang Manusia

Seorang pekerja ladang warga Bangladesh jumpai tengkorak dan serpihan tulang manusia ketika meracun rumput di sebuah ladang sawit di Batu 5, Teluk Intan semalam. Apa kes pula ni?

Menurut laporan Harian Metro, pekerja berkenaan kemudiannya terus memaklumkan perkara tersebut kepada anggota polis bantuan ladang disitu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata yang tengkorak disyaki milik manusia dijumpai di kawasan pokok kelapa sawit dan serpihan-serpihan tulang yang lain bertaburan dalam jarak 10 hingga 20 meter.

Unit D10 mengumpul cebisan tulang sebanyak 22 spesimen dan sampel tanah, namun tiada penemuan lain sama ada pakaian simati atau apa-apa senjata di tempat kejadian untuk mengaitkan ia dengan unsur jenayah.

Tengkorak dan tulang berkenaan kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan bagi mengesan identiti mangsa. Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga disarankan menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...