Wanita yang dikaitkan dan didakwa menjalinkan hubungan dengan pempengaruh Jofliam tampil memberikan respon menerusi akaun Instagram @emiradelyati.
Berkongsi tangkap layar dari TikTok, ternyata wujud beberapa akaun palsu yang dicipta menggunakan namanya dan telah mempunyai ribuan pengikut.
Katanya, akaun tersebut bukanlah dibuat olehnya dan dia sendiri tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum ini.
“Assalamualaikum semua, ini bukan akaun saya. Saya tak pernah buat apa-apa kenyataan,” tulisnya di Instagram story.
Sebelum ini, akaun palsu terbabit telah mengeluarkan kenyataan sebagai Dewi dan memohon netizen tidak melibatkan keluarganya dalam isu yang sedang tular.
Gara-gara menggunakan nama akaun yang sama, orang ramai menyangka Dewi sendiri yang memberikan amaran tersebut kepada netizen yang melontarkan kecaman terhadapnya.