Seringkali berlaku ketidakadilan dalam suasana pekerjaan di negara ini. Ramai tidak tahu hak pekerja menyebabkan, walapun dizalimi majikan, mereka tidak mengambil tindakan, hanya menerima nasib dan meneruskan kehidupan dengan mencari pekerjaan lain.
Ini tidak berlaku kepada ibu seorang pengguna Twitter yang melaporkan mengenai kejadian dipecat kepada pejabat buruh. Hasilnya, majikan didenda untuk membayar kepada ibunya sebanyak tiga kali gaji.
Report je benda2 gini, mak aku dia kerja cleaner. Lepas tu ada selisih faham lah, sv tu pecat mak aku on the spot. Mak aku wlpn org kg dia advance, dia suruh aku bwk dia pg pejabat buruh. Bincang2 dkt pejabat buruh last sekali, majikan dia tu kena denda bayar mak aku 3 kali gaji. https://t.co/SjXyvc3Qc7
— ?? (@_fazlinda_hsn) January 12, 2020
“Nak selesaikan, beri mak kerja balik, tetapi mak tolak.”
See free2 mak aku dpt 3 kali gaji walaupun dah kena buang. Majikan tu nk settle la nk kasi mak aku kerja balik, mmg tak la mak aku nak kerja balik. See my mak level!!!!!
— ?? (@_fazlinda_hsn) January 12, 2020
"Ingat boleh buli?"
Byk kali jgk la turun naik tpi okay la last sekali mak aku menang, dia tk de bukti kot main pecat bodo gitu je. Mentang2 mak aku org susah org kg, kau igt boleh buli??? Dulu mak aku tu dulu dia pernah kerja tmpt lain tpi kwsp boss dia tak carum, dia pg report. Haa padan muka.
— ?? (@_fazlinda_hsn) January 12, 2020
"Terima RM 2,000 sebagai pampasan."
Mak aku dpt dlm 2k something, sebb masa tu gaji dia sebulan dlm 700 ke 800 aku tk igt sgt, dah lama dah masa aku tgh belajar lagi. So dlm 3 kali ganda la. Okay la dari tk dpt apa, 2k pun duit apa
— ?? (@_fazlinda_hsn) January 12, 2020
Oleh itu, mereka yang dilayan dengan tidak adil oleh majikan boleh menuntut keadilan dengan membuat laporan ke pejabat buruh, terutamanya dalam kes dipecat serta merta dan tanpa notis.
Semoga berjaya! - amazingnara.com