Kejadian ini berlaku pada tengah hari 2 May 2013, aktiviti pekerja sebuah syarikat kosmetik yang merangkak mengelilingi Monument Kebebasan di bandar tersebut menarik perhatian orang awam. Menurut siasatan yang dilakukan oleh Biro Keselamatan Awam Chongqing, mereka mendapati syarikat kosmetik tersebut mengarahkan pekerja mereka untuk merangkak mengelilingi monument di hadapan orang awam bagi melatih pekerja untuk berurusan dengan tekanan di tempat kerja. Cara mendidik yang ditunjukkan oleh syarikat kosmetik tersebut sangat tidak bermoral dan orang awam di Chongqing mengutuk cara yang digunakan oleh syarikat tersebut. Di malaysia, kami tidak pernah nampak lagi aktiviti seperti ini, kalau ada pun mungkin di kem kem tentera. ya dak??