Melalui laporan FMT, Mahkamah Tinggi Klang telah memutuskan untuk dua orang doktor bertanggungjawab dengan membayar ganti rugi sebanyak RM850,000 susulan cuai ketika melakukan pembedahan hingga mengakibatkan seorang pekerja bank alami kecatatan kekal pada lengan kanan.
Dua doktor perlu bayar ganti rugi lebih RM800,000
Dalam pada itu, dua orang doktor tersebut juga kena membayar RM85,000 sebagai kos guaman buat pekerja bank bernama Fahmi Hata itu dengan bertanggungjawab liabiliti dibahagikan 65:35 antara mereka.
Bagaimanapun, kini semua pihak sedang membuat rayuan susulan jumlah pampasan tersebut dan pada awal, Fahmi ada menamakan KPJ Klang Specialist Hospital sebagai defendan tetapi diberhentikan selepas setuju untuk membayar RM20,000 kepada Fahmi tanpa mengakui liabiliti.
Hakim meletakkan jumlah pampasan tersebut susulan Fahmi alami kecederaan yang serius hingga menyebabkan dia cacat kekal, di mana RM200,000 untuk ganti rugi kesakitan serta nikmat hidup, RM130,000 ganti rugi teruk, RM511,066.86 kos rawatan perubatan dan hospital, dan yang terakhir RM10,000 perbelanjaan perjalanan serta kos-kos lain.
Punca pekerja bank alami kecacatan kekal
Punca kecacatan kekal itu mula berlaku selepas Fahmi mengalami kemalangan motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan lengan kanannya terkena rel besi sebelum terjatuh ke dalam longkang.
Dia segera dibawa ke Hospital Serdang, lalu dimaklumkan alami patah tulang humerus kanan serta patah dua tulang metakarpal.
Syarikat Fahmi memaklumkan bahawa mereka akan menanggung kos perubatan di hospital swasta, Fahmi memilih untuk dipindahkan ke KPJ Klang Specialist Hospital kerana lebih dengan rumahnya tetapi pakar ortopedik di sana telah menundakan pembedahan dan gagal mengangani jangkitan luka hingga Fahmi jalani debridement luka.
Selepas itu, pakar bedah plastik turut gagal menjalankan pembedahan flap kerana jangkitan yang dialami oleh Fahmi masih merebak dan disebabkan itu, Fahmi disahkan alami kecacatan kekal di bahagian lengan kanannya.