Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ieda berkongsikan pengalamannya sewaktu mengunjungi pagung wayang Lotus Five Star di Kuala Terengganu.
Tempat duduk lelaki dan perempuan berasingan
Dapat dilihat dalam video tersebut, wanita itu sedang membeli tiket wayang filem Final Destination dan selepas itu dirinya perlu memilih waktu tayangan.
Hal yang menjadi perhatian ramai apabila panggung wayang terbabit mengasingkan ruangan tempat duduk mengikut kategori jantina serta keluarga.
Pekerja akan periksa kad nikah
Tindakan tersebut dilakukan demi menjaga ikhtilat berlainan jantina, di mana kaum lelaki di sebelah kiri, manakala kaum wanita di sebelah kanan.
Kata Ieda, sekali sekala pekerja di panggung wayang tersebut akan memeriksa kad nikah penonton bagi memastikan pasangan yang memilih tempat duduk di bahagian keluarga merupakan pasangan suami isteri yang sah.
Meninjau respon netizen di hantaran tersebut, rata-ratanya sokong tindakan tersebut dilakukan di setiap panggung wayang yang ada di dalam Malaysia agar dapat mengelakkan berlaku hal yang tidak sepatutnya.