February 18th, 2020

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kerugian lebih RM50,000 selepas pejabatnya di Bandar Baru Bangi, dipecah masuk penjenayah semalam.

ustaz ebit lew

Menerusi akaun Facebooknya, Ustaz Ebit berkata satu set komputer, dua komputer riba, beberapa kamera, tiga telefon bimbit dan sejumlah wang ringgit dilarikan perompak berkenaan.

Lebih mengejutkan, apabila penjenayah tersebut turut meninggalkan nota yang bertulis “ampun ya pak saya terpaksa.”

pejabat ustaz ebit lew dipecah masuk

pejabat ustaz ebit lew dipecah masuk

ebit lew

ebit lewRata-rata netizen yang membaca perkongsian Ustaz Ebit itu turut terkejut dan bersimpati dengan dugaan yang menimpa dirinya.

Uish memang terkejut betul kalau lihat pejabat berselerak sebegitu dan semua barang hilang. Apa-apa pun, kami harap Ustaz Ebit tabah dengan dugaan ini, mungkin ada sesuatu yang lebih baik buatnya di masa hadapan.

Sumber Berita : Ebit Lew


6 responses to “Pejabat Ustaz Ebit Lew Dipecah Masuk, Pencuri Siap Tinggalkan Nota”

  1. icanfeelyou says:

    RM80 RIBU..ITU SPONTAN DARI USTAZ, CUBA LETAK YOUR PLACE. DI TEMPAT USTAZ.

  2. Anonymous says:

    Ustaz harap pencuri itu berjaya ditangkap supaya pencuri itu sedar dengan kesilapan dia…Ustaz juga berharap itu menjadi asbab untuk pencuri mendapat hidayah. Ustaz juga manusia biasa. Mungkin banyak benda penting yang berada dalam laptop tersebut

  3. June says:

    Mungkin byk brg penting dia dlm lap top or hp tu….semoga pncuri tu dpt d tngkp n kembalikn hrta yg d curi….ssh Cmna pun,jgn lh mncuri

  4. Bob Barli says:

    Harta ialah salah satu benda yg wajib kita jaga dalam Islam. Walaupun pemilik barang curian tu ustaz sekalipun, ia tak menghalalkan si pelaku utk mencuri dengan harapan perbuatan dia dihalalkan. Sokong ustaz! Dalam kebaikan mesti ada ketegasan.

  5. melati says:

    terkejut bila ustaz sumpah pencuri tu..haishhh

Loading...