Pejabat Pos Dan Pos Laju Beroperasi Seperti Biasa Semasa PKP

Kehidupan

Pejabat Pos Dan Pos Laju Beroperasi Seperti Biasa Semasa PKP

Meskipun kerajaan akan melaksanakan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ bermula esok, namun semua pejabat pos dan pos laju akan beroperasi seperti biasa.

Menurut satu kenyataan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) di Facebook, tempoh masa operasi dihadkan dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang sahaja.

Advertisement

Tambahnya, bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pejabat pos dan pos laju akan dibuka dari Ahad hingga Khamis, manakala Jumaat serta Sabtu ditutup.

Manakala bagi negeri lain, kaunter beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada Sabtu dan Ahad.

“Perkhidmatan penghantaran juga akan berjalan seperti biasa, namun dijangka akan mengalami sedikit kelewatan sepanjang tempoh ini disebabkan kekangan yang dihadapi serta penyesuaian operasi dan kapasiti”.

Pos Malaysia Berhad

“Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tersedia di skrin mudah alih Pos Malaysia”.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...