Meskipun kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ bermula esok, namun semua pejabat pos dan pos laju akan beroperasi seperti biasa.
Menurut satu kenyataan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) di Facebook, tempoh masa operasi dihadkan dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang sahaja.
Tambahnya, bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pejabat pos dan pos laju akan dibuka dari Ahad hingga Khamis, manakala Jumaat serta Sabtu ditutup.
Manakala bagi negeri lain, kaunter beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada Sabtu dan Ahad.