Aktivis dan penyanyi rap Caprice, berkongsi detik cemas apabila pejabatnya telah diceroboh pada petang semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang apabila seorang individu tidak dikenali dilaporkan menunggu di depan pintu pejabatnya untuk berjumpanya.
Menurut Caprice, ketika itu dia tiada di pejabat, namun individu tersebut sanggup menunggu hingga malam.
Caprice memaklumkan bahawa sekitar jam 5.30 petang, selepas semua kakitangannya pulang, pintu pejabat tidak dikunci kerana ada sesi rakaman pada waktu malam.
Namun, pada jam 5.49 petang, sistem penggera berbunyi menunjukkan ada seseorang berani memasuki pejabat dan merakam bahagian dalam.
“Sampai bila mereka ni boleh seksa hidup cap? @pdrmsia_official dah xde sape berani ke expose VVVVIP ni? Ke nak tunggu diaorang sampai depan rumah Cap bila kita tak ada dan harass my wife and kids?”
Caprice turut mendedahkan dia telah menerima ugutan bunuh, disaman, disenyapkan dan semua mangsa yang pernah menghubunginya kini tidak lagi berbuat demikian.
Dia menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan terus mendedahkan kebenaran meskipun terpaksa meninggalkan Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.