Pejabat Kesihatan Guna Dana Kanak-kanak Miskin Untuk Beli Makanan Sendiri

Trending

Pejabat Kesihatan Guna Dana Kanak-kanak Miskin Untuk Beli Makanan Sendiri

Wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk memberi makan kanak-kanak yang tidak cukup zat, sebaliknya dibelanjakan untuk membeli makanan seperti nasi lemak, kuih dan teh tarik untuk hidangan mesyuarat oleh tiga pejabat kesihatan daerah.

Advertisement

Penyalahgunaan ini ialah antara perkara utama yang ditekankan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2013 yang menyenaraikan 283 isu berkaitan pembaziran dana, pulangan yang sedikit, pengurusan aset, serta perancangan dan pemantauan projek yang lemah.

Pendedahan yang mengejutkan ialah RM 87,851 dari peruntukan berjumlah RM 923,000 dibelanjakan secara salah oleh pejabat kesihatan daerah Jerantut, Gua Musang dan Kota Kinabalu, yang menimbulkan kritikan orang ramai.

Laporan itu juga menunjukkan yang peruntukan itu disalah guna untuk membeli langsir, hamper untuk program memasak dan model replika bahan makanan seperti biskut, nasi goreng dan nasi lemak.

Cenderamata, t-shirt untuk kumpulan koir, dan juga sewaan kanopi untuk hari keluarga juga antara item yang telah dibeli.

Audit turut mengesan percanggahan antara harga makanan dalam dokumen tender dan invois.

Komisioner Suhakam, James Nayagam, mengatakan yang penyalahgunaan melibatkan kanak-kanak yang kelaparan ialah jenayah serius yang patut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau yang telah berkhidmat selama 33 tahun untuk badan kanak-kanak di Malaysia berkata:-

Tak kira bagaimana anda cuba memberikan alasan, ini tetap sejenis korupsi, kerana wang itu untuk kanak-kanak yang kelaparan tetapi diambil dan digunakan untuk mereka yang sepatutnya menjaga kebajikan kanak-kanak ini.

Laporan itu turut memberitahu yang pemulihan berat badan untuk kanak-kanak yang kurang zat itu, di bawah program pemulihan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan sejak tahun 1989 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kanak-kanak yang kurang berat didapati hanya mencapai berat badan normal setelah lebih setahun, bukannya antara enam hingga 12 bulan seperti yang dijanjikan oleh program tersebut.

Sejumlah 8, 556 kanak-kanak berada dalam program tersebut antara 2011 dan 2013 dengan peruntukan sebanyak RM 66.51 juta.

Kesemua kanak-kanak sepatutnya menerima bakul yang mengandungi makanan dan multivitamin berharga RM 150 setiap seorang di bawah program tersebut.

Bakul makanan itu menyediakan 104% keperluan kalori mereka dan 222% keperluan protein.

Laporan itu memberitahu yang ada pejabat kesihatan telah berbelanja lebih dari RM 150 untuk membeli barangan makanan untuk kanak-kanak disebabkan harga barangan meningkat serta kos lebih untuk sesetengah barangan di kawasan luar bandar.

Sejumlah RM238,213 lebih kos telah dibelanjakan untuk bakul makanan, dengan Pejabat Kesihatan Tawau berbelanja lebih RM 88.80 untuk setiap bakul.

Laporan itu menulis bahawa selepas diajukan, kementerian telah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman pada 27 Januari dan penyiasatan selesai hujung Februari.

Kementerian juga telah memberi penjelasan kepada pengaudit yang ia bukan saja perlu berbelanja untuk program kanak-kanak yang kekurangan zat makanan, malah program lain juga.

Laporan itu mencadangkan agar pegawai-pegawai yang terlibat mempunyai pengetahuan tentang peraturan kewangan untuk memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi enggan memberikan komen, dan memberitahu yang kementeriannya akan memberi kenyataan pada masa yang sesuai.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...