Bekas isteri kepada pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Anas Zul Amirul Sidi, iaitu Suffi Sofea, tampil mempersoalkan bagaimana atlet itu boleh melangsungkan pernikahan baharu sedangkan dirinya mendakwa masih berada dalam tempoh iddah talak rajie.
Menerusi perkongsian di Threads, Suffi menzahirkan rasa terkejut dan sedih selepas menerima gambar majlis pernikahan bekas suaminya.

Assalamualaikum. Selamat pengantin baru ex-husband. Tak ajak anak ke datang majlis nikah kau? Aku masih iddah talak rajie, belum suci kali ke-2 lagi. Pejabat agama mana boleh luluskan perkahwinan diorang ni?
Terima Gambar Majlis Nikah Dari Kakak Bekas Suami
Suffi berkata dia menerima gambar itu daripada kakak Anas dan tidak pasti sama ada ia diberikan dengan sengaja atau sebaliknya.
Perkara itu menyebabkan dirinya mengalami gangguan emosi.
Terus rasa emosi dan dapat anxiety attack bila tengok gambar tu sebab nafkah anak bulan ni masih tertunggak RM200. Dalam masa yang sama, banyak kes mahkamah masih on going.
Suffi turut meluahkan kesal apabila mengimbau kembali keputusan meletakkan hantaran kosong ketika mereka berkahwin dahulu.

Haaa kenangan lama! Menyesal letak zero hantaran even I ada degree.
Sebelum ini, Suffi mengesahkan dia dan Anas sah bercerai talak satu pada 17 September lalu selepas lapan tahun berkahwin. Perceraian tersebut disahkan di Mahkamah Syariah.
Setakat ini, Anas belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat bekas isterinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
