Sejak beberapa hari lepas, pertelingkahan yang berlaku di antara penyanyi rap, Caprice dan peguam dikenali sebagai Tun Laila menjadi bualan hangat di media sosial.
Kedua-duanya saling berbalas dan memuat naik hantaran di Instagram story dan tak kurang juga masyarakat yang turut mengutarakan pendapat masing-masing serta menyatakan sokongan kepada Caprice atau Tun Laila.
Tun Laila tenang je – Bos
Hantaran peguam, Aminahtul Mardiah turut meraih perhatian memandangkan Tun Laila merupakan peguam yang bertugas untuk firma guamannya, Chambers of Aminahtul Mardiah.
Menerusi Threads, Aminahtul berkata meskipun diserang dan dihentam penyokong Caprice namun Tun Laila kekal tenang dan begitu juga dirinya.
Peguam saya kena serang di media sosial dan dia tenang je. Firma guaman saya turut disebut dan saya okay sahaja. Zaman sekarang, media sosial digunakan untuk memusnahkan orang lain.
Tambahnya, media sosial juga boleh menjadi asbab bermulanya kebencian dan memfitnah serta provokasi. Justeru, Aminahtul mengingatkan orang ramai untuk betulkan niat dalam apa sahaja yang dilakukan.
Bukan sahaja menimbulkan kebencian dan menyokong perbuatan memfitnah tetapi juga membawa kepada spekulasi dan provokasi. Tetapi pada akhirnya, apa-apa yang kau lakukan, betulkan niat kamu. Jangan sesekali aniaya orang. Allah tahu yang terbaik.
Berbeza pendapat
Hantaran tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet di mana ada yang menyokongnya dan sesetengah pula memberi teguran kepada Tun Laila.
Ada yang berkata media sosial ada keburukannya dan toksik dan ada pula yang berpendapat Tun Laila yang memulakan provokasi dengan mentertawakan pihak sebelah sana.