Peguam Saman Kerajaan & Menteri Kesihatan Berhubung Larangan Merokok Di Pejabat Swasta – “Ia Sah & Halal Mengikut Undang-Undang Sivil Di Malaysia…”

Gaya Hidup

Peguam Saman Kerajaan & Menteri Kesihatan Berhubung Larangan Merokok Di Pejabat Swasta – “Ia Sah & Halal Mengikut Undang-Undang Sivil Di Malaysia…”

Seorang peguam telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang diguna pakai mulai 1 Januari 2025.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla’ menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai defendan pertama dan kedua dalam samannya yang difailkan secara atas talian.

Advertisement

Saya benar-benar percaya bahawa sebagai seorang perokok, saya mempunyai hak yang sama di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menikmati ruang kerja peribadi saya dengan cara yang tidak mengganggu atau membahayakan orang lain.

 

Hak ini termasuk kebebasan untuk merokok di tempat yang saya uruskan dan saya biaya sepenuhnya, tanpa dikenakan sekatan yang tidak munasabah, sama seperti rakyat Malaysia lain yang tidak merokok menikmati kebebasan mereka di tempat kerja masing-masing.

 

Sudah beri peluang dan maklum pada pekerja

Sebelum ini, dia akui sudah memberi peluang kepada semua pihak termasuklah pekerjanya sekiranya mereka mahu meneruskan khidmat atau jika tidak bersetuju, mereka boleh berhenti dan diberikan sejumlah pampasan.

Tambahnya, sekiranya pekerjanya tidak suka berurusan dengan peguam yang menghisap rokok di pejabat, mereka boleh ambil semula fail kes masing-masing di pejabat itu.

Saya juga sudah meletakkan notis di luar pejabat sejak Oktober lalu memaklumkan bahawa sesiapa tidak suka berurusan dengan peguam merokok mereka tidak perlu ke sini kerana ini adalah kawasan merokok.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla'

Mohamed Haniff juga telah menghantar surat kepada Menteri Kesihatan pada 29 November 2024 untuk meminta agar pejabatnya dikecualikan daripada perintah larangan berkenaan.

Saya juga tidak paksa pekerja dan anak guam saya untuk mengambil asap rokok. Malah, perbuatan merokok adalah masih sah dan halal mengikut undang-undang sivil sedia ada di Malaysia sekarang.

merokok

Jadi janganlah menjadi amalan merokok di tempat kerja dan ruang peribadi saya adalah haram di sisi undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiada lagi rokok dijual di kedai mamak
2 months ago

Kedai Mamak Tidak Akan Jual Rokok Bermula Tahun Hadapan - PRESMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...