Peguam Sahkan Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana

Hiburan

Peguam Sahkan Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana

Nampaknya teka-teki dan segala spekulasi mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab.

Advertisement

Hari ini, menerusi kenyataan terkini, peguam mewakili Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.

Menurut peguam tersebut, pihaknya telah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak guaman Ratu Cantik Moscow itu.

Terdahulu, desas-desus mengenai perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana hangat diperkatakan selepas foto sijil perceraian mereka mula tersebar. Sijil tersebut dilengkapi dengan nombor siri, turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Hasil perkahwinan, Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana dikurniakan putera sulung yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 22 Mei lalu.

Sumber Berita : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

56 Comments

  1. Anonymous

    July 22, 2019 at 11:13 am

    abang nara juga yg masih kekal setia.. tahniah!

  2. Anonymous

    July 22, 2019 at 10:06 am

    anak dah lahir tapi x layak jadi pewaris..kenapa ye?? bila kira balik kawin nov18 anak lahir may19.. x cukup bulan tu..ke mmg bukan ank dia tu yg kena talak 3 terus..org russia model plak tu fhm2 jela…speku je ni..

    • kaknam

      July 22, 2019 at 10:36 am

      kawin mei18, resepsi nov18..anak sah..ko ni nak membawang blh research dulu tak? pemalas. goblok!

    • JERNIH HEIGHTS SDN BHD

      July 22, 2019 at 6:01 pm

      ANAK X LAYAK KENAPA, XPELAH X LAYAK, APA SANGAT DGN PANGKAT TU, MOGA RIHANA DAN ANK TERUS KEKAL DALAM ISLAM

    • Anonymous

      July 24, 2019 at 11:05 am

      asal buat resepsi mesti baru je kahwin masa tu.ketinggalan betul pemikiran. zmn sekarang ramai yg nikah dulu, resepsi kemudian. ada yg setahun lbh br buat resepsi, ikt bajet dan masa. jd tolong buang mindset, buat resepsi hr ni, hr ni jg nikah,hr ni jg br mengandung. mmg msh ada yg nikah trs resepsi, tp jgn pula terus fitnah begitu bg yg lmbt buat mjls

  3. Azman

    July 22, 2019 at 8:25 am

    Aku serik klu cerita kelantan ni.mcm2 ada.adeh

  4. Azman

    July 22, 2019 at 8:23 am

    Aku serik klu cerita kelantan ni.mcm2 ada

  5. Fatin

    July 22, 2019 at 4:06 am

    Agk2 klu sultan muhammad v ni bukan sultan rsnya rihana ni nk ke kawen..xdanya..sbb SK ni sultan..sbb tu sggp even jaoh benor umor beza.

Loading...