Peguam Rayu SPRM Lepaskan Segala Aset Milik Aliff Syukri Yang Dibeku

Hiburan

Peguam Rayu SPRM Lepaskan Segala Aset Milik Aliff Syukri Yang Dibeku

Dua peguam usahawan penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak kini tampil membuat rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar melepaskan segala aset yang telah dibekukan badan berkenaan sebelum ini.

Advertisement

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mereka dikatakan memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lalu dilepaskan.

Katanya, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan jutawan terbabit.

Menurut sumber MalaysiaGazette, permohonan itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Bagaimanapun, Aliff sebelum ini khabarnya menafikan dakwaan beliau terbabit dalam kes penipuan Macau Scam.

Malah beliau yang terkenal dengan sifat pemurahnya itu dikatakan tidak segan membuat pengakuan bahawa dirinya sentiasa mencari rezeki halal dan tidak terlepas membantu mereka yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.

Rentetan itu, beliau menegaskan supaya orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu ke atas perniagaan miliknya.

Terdahulu, kecih di media sosial apabila  SPRM memaklumkan pihaknya telah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.

Sumber: MalaysiaGazette

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...