Peguam yang mewakili dua tokoh akademik dalam kes saman terhadap pelakon Rita Rudaini mengesahkan bahawa writ saman yang difailkan gagal diserahkan kepada defendan.
Dua tokoh akademik terbabit ialah Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd. Roslan Mohd. Nor, serta timbalannya, Saidah Haris.
Menurut peguam berkenaan, usaha untuk menyerahkan writ saman kepada Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar tidak berjaya setakat ini.
“Plaintif kemudian membuat serahan dokumen mahkamah melalui aplikasi WhatsApp kepada defendan (Rita), tetapi tiada kehadiran dimasukkan oleh mahkamah. Mahkamah seterusnya membenarkan permohonan penyampaian ganti bagi membolehkan saman berkenaan diserahkan melalui kaedah alternatif.”

“Mahkamah memberi tempoh selama satu bulan kepada plaintif untuk melaksanakan penyampaian ganti berkenaan. Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 26 Februari 2026,” katanya.
Saman tersebut difailkan susulan beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dikeluarkan oleh pelakon itu, termasuk kenyataan berkaitan isu ‘prof kangkung’ yang dikaitkan dengan kepimpinan MUAFAKAT MRSM Sungai Besar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
