“Peguam Penipu, Bukan Hal Dia Tapi Masuk Campur” – Siti Kasim Dan Tan Sri Adnan Dirakam ‘Bergocoh’ Di Luar Mahkamah

Kehidupan

“Peguam Penipu, Bukan Hal Dia Tapi Masuk Campur” – Siti Kasim Dan Tan Sri Adnan Dirakam ‘Bergocoh’ Di Luar Mahkamah

Suasana di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menjadi kecoh seketika apabila peguam Siti Kassim bertembung dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.

Memetik Sinar Harian yang turut berada di lokasi bagi membuat liputan sidang akhbar peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menyaksikan pertelingkahan mulut antara dua individu terkenal itu.

Advertisement

Siti kasim tok nan bergaduh

Sebelum kejadian tersebut, Adnan yang mesra dikenali sebagai Tok Nan dilihat berbual dan bergambar bersama kumpulan Orang Asli di kawasan lobi berkenaan.

Namun, suasana tiba-tiba menjadi tegang apabila kedua-duanya mula bertikam lidah berhubung isu berkaitan Orang Asli.

Difahamkan, Siti Kassim mengeluarkan kenyataan menasihati Orang Asli supaya tidak mempercayai ahli politik yang disifatkannya sebagai sering menipu.

“Jangan banyak cakap, Orang Asli banyak kali sudah kena tipu. Betul tak?” katanya.

Adnan kemudian membalas, “Awak baru sekarang. Tanya Orang Asli Pahang (hubungan) dengan aku macam mana. Jangan masuk campur.”

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan, Siti membalas dengan menyatakan bahawa gaya orang politik memang sedemikian.

Pertikaman lidah antara kedua-duanya berlanjutan lebih 10 minit sebelum Adnan dan Siti akhirnya beredar ke arah masing-masing.

“Sudahlah ini, peguam penipu, bukan hal dia tapi dia campur,” ujar Adnan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dewi cik epal
56 mins ago

"Biar Polis Handle G*ngster Garing Ni" - Dewi Dakwa Cik Epal Cederakan Dirinya, Campak Barang Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...