Peguam Pemaju Upah Sekumpulan Lelaki ‘Buat Kacau’ Di Kuil Dengan Bayaran RM150,000 – Muhyiddin Yassin

Trending

Peguam Pemaju Upah Sekumpulan Lelaki ‘Buat Kacau’ Di Kuil Dengan Bayaran RM150,000 – Muhyiddin Yassin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media khas yang diadakan awal tengah hari tadi berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman mengesahkan hasil siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd telah memberi upah sebanyak RM150,000 kepada 50 orang lelaki Melayu untuk ceroboh dan ‘buat kacau’ serta mengawal kuil tersebut.

Advertisement

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan bahawa wang upah tersebut diberi oleh pemaju.

Siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju mengupah sekumpulan lelaki untuk ceroboh dan kawal kuil sebelum polis datang ke tempat kejadian. Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.

Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku.

Kejadian yang berlaku pada 26 November lalu menimbulkan kekecohan serta keganasan yang teruk. Sebanyak 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.


Punca utama rusuhan itu berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu sehingga tercetusnya pergaduhan besar di tapak kuil berkenaan.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawab dan menjadi dalang disebalik rusuhan ini akan segera dibawa ke muka pengadilan. Semoga isu ini dapat diselesaikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...