Peguam Nora Ariffin Dedah Punca Berpisah – “Perkahwinan Cukup Bahagia, Tapi Ada Gangguan Pihak Ketiga..”

Hiburan

Peguam Nora Ariffin Dedah Punca Berpisah – “Perkahwinan Cukup Bahagia, Tapi Ada Gangguan Pihak Ketiga..”

Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor telah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh sebutan pertama bagi prosiding perceraian antara penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Memetik laoporan Kosmo! Online, peguam yang mewakili penyanyi tersebut iaitu Sarah Mohd. Ali, memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan cerai di bawah Seksyen 47, namun dia enggan mengulas lanjut mengenai butiran kes yang akan dibentangkan di mahkamah.

Advertisement

nora ariffin dan peguam

Pihak Nora akan serahkan salinan permohonan cerai kepada pihak defendan iaitu suaminya. Pihak suami Nora juga maklum berkenaan proses hari ini.

Dia turut mengakui bahawa perceraian tersebut berpunca daripada campur tangan pihak ketiga, walaupun perkahwinan pasangan itu sebelum ini dilihat bahagia.

Perceraian ini tidak boleh dielakkan lagi disebabkan ada unsur orang ketiga.

Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi disebabkan ada gangguan pihak ketiga.

nora ariffin dan suami

Walau bagaimanapun, identiti pihak ketiga itu tidak didedahkan.

Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi tadi bagi memfailkan permohonan perceraian selepas gagal menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya.

Untuk rekod, pada hujung tahun 2021, Nora mengesahkan telah berkahwin dengan Dr. Rushdi, seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Nora Ariffin akan mohon cerai
4 weeks ago

Nora Ariffin Tekad Mohon Cerai, Perkahwinan Tak Dapat Diteruskan Dengan Aman - “Atas Faktor Keterdesakan & Kebaikan Semua Pihak...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...