Peguam Negara Gugurkan Pertuduhan Terhadap 12 Individu Didakwa Penyokong LTTE

Trending

Peguam Negara Gugurkan Pertuduhan Terhadap 12 Individu Didakwa Penyokong LTTE

Tahun lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan siri penangkapan 12 individu yang dikaitkan dengan sebuah kumpulan pengganas  LTTE  juga dikenali sebagai Liberation Tamil Tiger Eelam atau gerakan Pembebasan Tamil Tiger Eelam.

Tentunya ia satu kes yang besar apabila beberapa anggota parti politik juga telah ditahan iaitu dua wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti Politik DAP iaitu G. Saminathan dari Gadek, Melaka dan P. Gunasekaran dari Seremban Jaya.

Advertisement

Penjelasan Peguam Negara

peguam negara gugur kes LTTE

Bagaimanapun, Peguam Negara, Tommy Thomas membuat keputusan menggugurkan tindakan undang-undang terhadap 12 yang tertuduh berkaitan LTTE berkuatkuasa serta-merta kerana tidak ada prospek jelas untuk sabitan ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Jelas Tommy, keputusan muktamad itu dibuat berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dimana dia mempunyai kuasa mutlak untuk menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

peguam negara gugur kes LTTE peguam negara gugur kes LTTE

peguam negara gugur kes LTTE peguam negara gugur kes LTTE

Memang kelaziman untuk mempunyai idola dan bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon. Mempunyai gambar dan representasi lain yang berkaitan mereka dalam telefon bimbit atau akaun Facebook (FB) seseorang, tidak menukar seseorang menjadi pengganas.

Ini tema umum semua tertuduh LTTE. Setiap mereka mempunyai gambar Prabhakaran (Pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran) dan pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka dalam telefon bimbit atau akaun FB mereka.

peguam negara gugur kes LTTE

Sekiranya perbuatan ini boleh terjumlah sebagai kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

Terdahulu, pada 29 Oktober 2019, kesemua 12 orang suspek dituduh di bawah Seksyen 130J Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada LTTE melalui media sosial. Malah, mereka juga menghasut dan menggalak orang ramai untuk menyertai kumpulan pengganas tersebut.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Bernama & The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...